BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, May 5, 2011

KENAPA aku diuji begini??!!!



"Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang mampu untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah."

Ujian itu teramat indah..ia menduga sabarmu..ketabahanmu..kematanganmu..dan yang paling utama, IMANmu..ujian itu kifarah dosa..ketahuilah wahai hamba yang diuji..



Buat insan yang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 214:

"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu?"

Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).


”Jika Seorang hamba mendekatkan diri kepadaKu sejengkal maka Aku akan mendekatkan diriKu sehasta. Jika dia mendekatkan diri kepadaKu sehasta maka Aku akan mendekatkan diriKu sedepa. Jika dia datang kepadaKu berjalan kaki maka Aku akan datang kepadanya berlari." (HR. Bukhari & Muslim).






Dalam ujian itu terdapat empat seni, iaitu mencari pahala dari ALLAH, Berkawan dengan kesabaran, berzikir dengan baik dan menunggu kelembutan dari ALLAH SWT..
mutiara kata AL-QARNI (La Tahzan)

YA ALLAH
Sejukkanlah gelojak hati ini dengan salji keyakinan dan padamkanlah bara di jiwa dengan air keimanan
YA ALLAH
Lenyapkanlah dukacita kami, hilangkan kesedihan kami dan halaukanlah keresahan dari jiwa kami..
YA ALLAH
kami berlindung kepadamu dari rasa takut, kami bersandar dan berserah padamu, Kami tidak meminta kecuali padamu, kami tidak meminta tolong melainkan padaMu, Engkaulah pelihara kami sebaik-baik pelindung dan penolong…