BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, February 28, 2011

insan yang diuji

dengan nama allah yg maha pengasih maha penyayang..maha pencipta dan maha pengampun..

sedikit titipan dari hati penulis buat yang mengenali diri..

"aku hidup dalam kesakitan dan air mata..tapi aku bahagia...sgt bahagia..rupa2nya ujian yang ku terima sejak kecil,membawa 1001 hikmah...allah tunaikan setiap permintaanku..dan DIA beri setiap yang aku perlukan..kesakitan ini satu tarbiyyah buat diriku...kerana itu,akan ku terus berjalan menuju redhaNYA..andai ku xmampu lagi berdiri,akan ku merangkak..asalkan aku tetap berada atas jalan redhaNYA.."

seringkali ku bertanya "ya allah,knp aku yang dipilih utk ujian ini..?aku tidak kuat ya allah..aku pertaruhkan akidah ku setiap detik..pertaruhkan antara yg haq dan batil..redhaMu dan murkaMu..syurgaMu dan nerakaMu..terlalu berat ya allah..."dan kadang kala ku bisikkan pada allah "ya allah..cukuplah,hambaMU ini sudah xberdaya..aku dah penat ya allah.."dan ku katakan pada sahabat.."aku ingin 1 detik di mana aku ingin memberi senyumanku yg sebenar kpd sahabat2ku.."maafkan diriku kerana selalu hipokrit di hadapan kalian...

kini...setelah lebih 8tahun,allah menjawab setiap persoalanku...ternyata allah sayangkan aku.. aku lihat perubahan pd diri..sekarang aku punya ramai sahabat utk mengadu..aku dh xbersendiri lagi..aku dh xfikir utk bunuh diri lagi..dan aku berhenti mempersoalkan ujian allah padaku..aku semakin mengenali AL-KHALIQ penciptaku..dan kini aku sedar..akan kasih sayangNYA padaku..DIA ingin bimbingku ke jalan yang diredhaiNYA..baru ku sedar..bahawa tahun demi tahun,aku dh terlalu byk berubah..berubah ke arah yang lebih baik..tabah..dan berdikari...

ya allah..sahabat adalah anugerah yang terlalu berharga bagiku..berilah firdausiMU buat mereka yang dah terlalu byk berkorban masa,tenaga dan harta buatku..kerana aku xmampu membalas apapun buat pengorbanan suci mereka buatku..sahabat..demi allah,aku xmahu diriku menjadi bebanan buat kalian..tapi jauh disudut hati,aku sgt memerlukan perhatian,dorongan dan kata semangat dari kalin..terima kasih yang xterhingga buat insan bernama SAHABAT...

ya allah..ENGKAU tuhan YANG MAHA MENGETAHUI..kiranya ujian ini tarbiyyah terbaik buatku..jika ENGKAU tahu tanpa ujian ini,aku akan berpaling dr jalanMU,aku mohon biarlah aku terus begini...aku dambakan cintaMU YA ROBB..aku rindukan sujud padaMU..dan aku ingin terus BERCINTA denganMU..redhailah aku YA ILLAHI..YA 'AZIZ..