BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, June 7, 2011

all one - arah.wmv



All One - Arah 

Ku sendirian di himpit sepi 
Mencari arah di alam mimpi 
Adakah masih ku kesampaian 
Atau terputus di tengah jalan 
Mendamba kasihMu Tuhan

Sanggupkah aku menahan siksa 
Menanggung dosa yang ku lalui 
Ku serah diri padaMu Tuhan 
Terima segala taubatku 
Dengarlah rintihan hatiku 

C/o: 
Ke mana arah yang harus aku lalui 
Adakah masih di sini 
Perit tak terhingga

Aku mengharap padaMu Tuhan 
Bawalah jalan menuju cahaya 
Sesal tak terkata 
Kerdilnya diriku di sisiMu

Monday, June 6, 2011

Ketika Waktu Itu Datang

Apa yang anda lakukan pabila anda tahu yang anda akan hidup lagi 1tahun?atau mungkin 1bulan??atau 1minggu???atau bagaimana pula klu anda tahu bahawa esok,anda akan menemui ajal anda...?



وَجَاءَتْ سَكْرَةُ الْمَوْتِ بِالْحَقِّ ذَلِكَ مَا كُنْتَ مِنْهُ تَحِيدُ
“Saat datanglah Sakaratulmaut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari daripadanya.” (Q.S. Qaf:19)



Sedar atau tidak semakin hari kita semakin hampir dengan kematian.Persoalannya adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi kehidupan kita di alam barzakh dan alam akhirat kelak.Selepas kita meninggalkan dunia yang fana ini kita akan menanti di barzakh sebelum kita berangkat pula ke Mahsyar.Adakah kita yakin bahawa kehidupan kita di Barzakh nanti adalah satu kehidupan yang menyelesakan ataupun sebaliknya.Jadi marilah kita bersama-sama meningkatkan bekalan-bekalan kita yang diperlukan untuk mengecapi kehidupan yang selesa di alam Barzakh atau alam kubur nanti.







Menanti di Barzakh.
Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Seusai Talkin Bernada Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembali,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dimuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Tak Sanggup Untuk ku Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata


Detik kematian tidak dapat ditangguhkan atau dicepatkan walaupun sedetik...

“Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan Allah).”
-Ali-Imran:145

Thursday, June 2, 2011

Kekasih Yang Ku Rindui



محمد أشرف الأعراب والعجم
محمد خيـــــــر من يمشي على قــــدم
Nabi Muhammad adalah termulia di hadapan Arab dan ‘Ajam
Nabi Muhammad lah sebaik-baik manusia , berjalan di bumi ini
محمــد باسط المعروف جامعه
محمـــــد صاحب الإحســان والكــــرم
Nabi Muhammad adalah luas kebaikannya, dialah pengumpulnya
Nabi Muhammad lah penghulu kebaikan dan kemuliaan
محمــد تاج رسل الله قاطبــــة
محمـــــــد صــــــادق الأقوال والكلـــم
Nabi Muhammad adalah mahkota para Rasul Allah, seluruhnya
Nabi Muhammad adalah benar pada kata-katanya
محمــــــد ثابت الميثاق حافظــه
محمـــــــد طيــب الأخــلاق والشيــــم
Nabi Muhammad adalah tetap pada janjinya
Nabi Muhammad itu cantik akhlak dan rupanya
محمـــد رُوِيَت بالنور طينتُــــهُ
محمــــد لم يــــزل نــــــوراً من القِدم
Nabi Muhammad, tanah semadinya disirami dengan Nur
Nabi Muhammad, dia masih bercahaya, semenjak azali
محمــــد حاكم بالعدل ذو شرفٍ
محمـــــد معــــدن الإنعام والحكــــــم
Nabi Muhammad seorang hakim yang adil, punya kemuliaan
Nabi Muhammad adalah kunci kenikmatan dan hikmah
محمد خير خلق الله من مضـــــر
محمــــد خيـــر رســـــل الله كلهـــــم
Nabi Muhammad adalah semulia-mulia makhluk Allah, dari kaum Mudhar
Nabi Muhammad itulah semulia-mulia Rasul Allah, seluruhnya
محمــــــد دينه حـــق نديـــن بـــه
محمــــــــد مجمــــلاً حقاً على علــــم
Nabi Muhammad, agamanya adalah kebenaran, yang kita anuti,
Nabi Muhammad, adalah kebenaran, sebenar-benarnya
محمـــد ذكـــره روح لأنفسنــــــــا
محمد شكره فــــرض على الأمــــم
Nabi Muhammad, mengingatinya adalah seperti ruh bagi kita,
Nabi Muhammad, wajib kita berterima kasih padanya
محمد زينة الدنيا وبهجتهـــــــــــا
محمــــــــد كاشــــــف الغمات والظلم
Nabi Muhammad adalah penghias dunia dan penghiburnya,
Nabi Muhammad, ibarat penghapus duka dan kegelapan
محمــــد سيـــــــد طابت مناقبـــــهُ
محمــــد صاغه الرحمــــــن بالنعـــــم
Nabi Muhammad , penghulu, yang suci perbuatannya
Nabi Muhammad, diberikan sebaik-baik nikmat oleh Allah
محمــــد صفـــوة الباري وخيرتـــــه
محمــــد طاهـــــــر من سائر التهـــم
Nabi Muhammad , adalah insan pilihan Allah, sebaik-baik makhluk
Nabi Muhammad, adalah suci daripada segala tohmahan
محمـــد ضاحــــك للضيف مكرمــــه
محمـــــــــد جـــــــاره والله لم يضـــم
Nabi Muhammad, tersenyum buat tetamunya, bahkan memuliakannya
Nabi Muhammad , jirannya – demi Allah – tidak dizalimi
محمــــد طابـــــت الدنيــــا ببعثتــــه
محمـــــد جـــاء بالآيـــات والحكـــــــم
Nabi Muhammad, alangkah indahnya dunia dengan kehadirannya
Nabi Muhammad, telah datang dengan mukjizat (ayat) dan hikmah-hikmah
محمــــد يـــوم بعث النــــاس شافعنــــا
محمـــــــد نوره الهــــادي من الظلــــم
Nabi Muhammad, kelak di hari kebangkitan, dialah pemberi syafaat kita (umatnya)
Nabi Muhammad , nurnya ibarat penyuluh hidayah, dari kegelapan
محمــــــــد قائـــــــــــم لله ذو همـــــــــم
محمـــــــد خاتـــــــم للرســــــل كلهــــم
Nabi Muhammad , tidak putus-putus menghadap Allah, dengan penuh harapan,
Nabi Muhammad adalah penamat sekalian Rasul Allah seluruhnya
مولاي صل و سلم دائما أبدا
على حبيبك خير الخلق كلهم

Wahai Tuhanku, selawat dan salam sentiasa,
Ke atas kekasihmu, sebaik-baik makhluk, seluruhnya